Tuesday 17 April 2012

METERED DOSE INHALER



 
DEFINISI
Sejenis ubat bronchodilator untuk membantu dalam pernafasan.
 Tujuan
  • Membantu pesakit untuk mudah bernafas
  • Mencairkan kahak
  • Mengembangkan paru-paruMemberi penerangan dan ilmu berkaitan Ubat bronchodilator. 
  •  
CARA PENGGUNAAN MDI 
1. Tanggal penutup  dari  corong  mulut  inhaler.
2. Pegang inhaler  diantara  ibu jari dan jari telunjuk  serta goncangkan.
3. Tarik nafas dan hembus nafas  perlahan-lahan melalui mulut sepenuhnya.
4. Letakkan corong inhaler  ke mulut.Tutup bibir rapat di sekeliling inhaler.Dongakkan kepala
sedikit ke belakang.
5. Tekan inhaler sambil sedut perlahan-lahan  dan tahan nafas selama 5-10 saat (mengikut
kemampuan).
6. Kelurkan inhaler dari mulut dan  hembus keluar nafas perlahan-lahan  melalui hidung tanpa
membuka mulut.
7. Tunggu 1 minit untuk mengulangi dos yang ke2.
8. Kumur mulut selepas menggunakan inhaler.
CARA PENJAGAAN MDI
  • Cuci inhaler sekali sehari
  • Keluarkan kanister ubat sebelum basuh actuator
  • Basuh actuator dengan air suam.
 Bagaimana mengetahui MDI yang sudah habis??
1)Sedia 1 bekas berisi air 
2)Letak MDI dalam bekas mangkuk berisi air. 
3)Posisi yang diambil oleh MDI akan menunjukkan baki ubat yang terdapat dalam MDI
- Penuh = tabung akan tenggelam
- Separuh = tenggelam secara menegak  pada sudut 30 darjah
      Kosong = timbul.

 
 
 

No comments:

Post a Comment