Thursday 19 April 2012

TUBERCULOSIS


TUBERCULOSIS

APAKAH TUBERCULOSIS
*    Tuberculosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria mycobacterium tuberculosis (tubercle basili).
Penyakit ini adalah penyakit pertama yang dijumpai pada 1882 oleh seorang doctor Jerman iaitu Robert Koch.
* Kebanyakan penyakit tuberculosis melibatkan paru-paru (pulmonary TB) namun juga boleh melibatkan system saraf tunjang (meningitis), system limfatik, system peredaran darah (milari TB), system genitourinary, tulang dan sendi.

SEBAB-SEBAB KENAPA MENDAPAT TUBERCULOSIS??????
Kuman ini boleh tersebar melalui udara.
* Pesakit tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman apabila bersin dan batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman tibi akan berisiko untuk dijangkiti tibi.
* Tuberculosis tidak boleh berjangkit dengan sentuhan daripada pakaian seseorang.


CARA PENYEBARAN TUBERCULOSIS
*     Myobacterium tuberculosis yang tersedut dan masuk ke paru-paru akan diserap oleh makrofag alveolar, kemudian mikrofag akan melalui tiga fungsi penting iaitu :
1       Menghasilkan enzim proteolitik dan metabolic lain yang mempunyai kesan mikrobakterisidal.
2       Menghasilkan mediator terlarut (sitokin) sebagai respon terhadap Tuberculosis berupa IL-1, IL-6, TNF (Tumor Necrosis Factor alpha), TGF (Transforming Growth Factor beta).
3        Memproses dan mempresentasikan agen mikrobakteria pada limfosit T.

TANDA-TANDA DAN SIMTOM TUBERCULOSIS
@      Terdapat 2 klinikal manifestasi penyakit tibi iaitu:
1.      Tanda dan symptom am
2.      Tanda dan symptom tempatan
Sign and symptom am
·         Letih,lesu serta malais
·         Loya,anorexia dan dyspepsia
·         Berat badan merosot
·         Pesakit pucat,insomnia
·         Constipation
·         Berpeluh dengan banyak terutama sebelah malam
Sign and symptom tempatan
·         Batuk yang kronik,jenis kering dan menghasilkan kahak
·         Kahak yang sejenis mucopurulent dan mengandungi darah
·         Haemoptysis (batuk berdarah)
·         Sesak nafas dan sakit di dada
Suara mungkin serak akibat batuk yang berpanjangan



CARA-CARA PENCEGAHAN TUBERCULOSIS
  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kawal iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan penghidap peyakit ini dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.
  • Membiarkan cahaya memasuki ke dalam rumah kerana ia boleh membunuh kuman tibi.
  • Elakkan tinggal dalam keadaan yang sesak lebih-lebih lagi terdapat pesakit yang menghidap tuberculosis.




No comments:

Post a Comment