DEFINISI
Sejenis ubat
bronchodilator untuk membantu dalam pernafasan.
Tujuan
- Membantu pesakit untuk mudah bernafas
- Mencairkan kahak
- Mengembangkan paru-paruMemberi penerangan dan ilmu berkaitan Ubat bronchodilator.
CARA
PENGGUNAAN MDI
1. Tanggal penutup dari corong mulut
inhaler.
2. Pegang
inhaler diantara ibu jari dan jari telunjuk serta goncangkan.
3. Tarik nafas dan hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut sepenuhnya.
4. Letakkan corong
inhaler ke mulut.Tutup bibir rapat di sekeliling inhaler.Dongakkan kepala
sedikit ke belakang.
5. Tekan inhaler sambil sedut perlahan-lahan dan tahan nafas selama
5-10 saat (mengikut
kemampuan).
6. Kelurkan
inhaler dari mulut dan hembus keluar nafas perlahan-lahan melalui hidung tanpa
membuka mulut.
7. Tunggu 1 minit untuk mengulangi dos
yang ke2.
8. Kumur mulut selepas menggunakan inhaler.
CARA
PENJAGAAN MDI
- Cuci inhaler sekali sehari
- Keluarkan kanister ubat sebelum basuh actuator
- Basuh actuator dengan air suam.
Bagaimana mengetahui MDI yang sudah habis??
1)Sedia 1 bekas berisi air
2)Letak MDI
dalam bekas mangkuk berisi
air.
3)Posisi
yang diambil oleh MDI
akan menunjukkan baki ubat
yang terdapat dalam MDI
- Penuh = tabung akan tenggelam
- Separuh = tenggelam secara menegak pada sudut 30 darjah
Kosong = timbul.
No comments:
Post a Comment