TUBERCULOSIS
APAKAH TUBERCULOSIS
*
Tuberculosis adalah sejenis penyakit berjangkit
yang disebabkan oleh bacteria mycobacterium
tuberculosis (tubercle basili).
*
Penyakit
ini adalah penyakit pertama yang dijumpai pada 1882 oleh seorang doctor Jerman
iaitu Robert Koch.
*
Kebanyakan
penyakit tuberculosis melibatkan paru-paru (pulmonary TB) namun juga boleh
melibatkan system saraf tunjang (meningitis), system limfatik, system peredaran
darah (milari TB), system genitourinary, tulang dan sendi.
*
Kuman
ini boleh tersebar melalui udara.
* Pesakit
tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman apabila bersin dan batuk.
* Orang
yang menyedut udara tercemar dengan kuman tibi akan berisiko untuk dijangkiti
tibi.
* Tuberculosis tidak boleh berjangkit dengan sentuhan daripada pakaian
seseorang.
CARA PENYEBARAN TUBERCULOSIS
*
Myobacterium tuberculosis yang tersedut dan masuk ke paru-paru akan diserap
oleh makrofag alveolar, kemudian mikrofag akan melalui tiga fungsi penting
iaitu :
1 Menghasilkan enzim proteolitik dan metabolic
lain yang mempunyai kesan mikrobakterisidal.
2 Menghasilkan mediator terlarut (sitokin)
sebagai respon terhadap Tuberculosis berupa IL-1, IL-6, TNF (Tumor Necrosis
Factor alpha), TGF (Transforming Growth Factor beta).
3
Memproses dan mempresentasikan agen mikrobakteria pada limfosit T.
TANDA-TANDA DAN SIMTOM TUBERCULOSIS
@
Terdapat
2 klinikal manifestasi penyakit tibi iaitu:
1. Tanda
dan symptom am
2. Tanda
dan symptom tempatan
Sign and symptom am
·
Letih,lesu serta malais
·
Loya,anorexia dan
dyspepsia
·
Berat badan merosot
·
Pesakit pucat,insomnia
·
Constipation
·
Berpeluh
dengan banyak terutama sebelah malam
Sign and symptom tempatan
·
Batuk
yang kronik,jenis kering dan menghasilkan kahak
·
Kahak
yang sejenis mucopurulent dan mengandungi darah
·
Haemoptysis (batuk
berdarah)
·
Sesak
nafas dan sakit di dada
Suara mungkin serak akibat batuk yang
berpanjangan
CARA-CARA PENCEGAHAN TUBERCULOSIS
- Bayi-bayi
yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan
dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.
- Sekiranya
batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
- Kawal
iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan
penghidap peyakit ini dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat
pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.
- Membiarkan
cahaya memasuki ke dalam rumah kerana ia boleh membunuh kuman tibi.
- Elakkan tinggal dalam keadaan yang
sesak lebih-lebih lagi terdapat pesakit yang menghidap tuberculosis.
No comments:
Post a Comment